suria

Ramai masih tak tahu selama ini ada air bertakung dalam kereta... Cuba periksa 5 lubang saliran ini, perlu dibersihkan selalu

Beberapa bahagian pada kenderaan perlu diperiksa bagi mengelak takungan air.

SELAIN penyelenggaraan kereta di pusat servis, ada beberapa bahagian pada kenderaan yang perlu diuruskan sendiri.

Tahukah anda terdapat lima lubang saluran pada kebanyakan kereta yang sering dipenuhi dengan takungan air dan perlu dibersihkan atau dikeringkan.

Menurut perkongsian Brother Tong Car Knowledge di Instagram, adalah penting untuk membersihkan lubang saliran secara berkala bagi mengelakkan masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Bahagian bumbung (skyline) dan pintu kereta perlu dicuci secara berkala.

Berikut adalah lima bahagian pada kebanyakan kenderaan yang perlu diperiksa:

1. Lubang saliran pintu kereta

Lubang saliran pintu kereta biasanya terletak di bahagian bawah pintu. Jika tidak dibersihkan secara berkala, ia boleh merosakkan komponen elektronik seperti pengangkat cermin dan pembesar suara.

2. Lubang saliran skyline (buka bumbung)

Pastikan tiada air memasuki kereta jenis skyline kerana bahagian dalamnya boleh menjadi lembap, berkulat dan berbau busuk.

3. Lubang saliran penutup tangki minyak

Lubang saliran pada penutup tangki minyak perlu dibersihkan kerana air boleh mudah masuk ke dalam tangki minyak yang boleh menyebabkan kenderaan mengalami masalah.

4. Lubang saliran but

Lubang saliran but biasanya terletak di bawah tayar ganti dan perlu dibersihkan jika dipenuhi dengan air.

5. Lubang saliran ruang enjin hadapan

Lubang saliran ini juga merupakan saluran masuk udara untuk penyaman udara kereta.

Jika tidak dibersihkan dengan segera, bau busuk boleh masuk ke dalam kereta dan udara yang keluar daripada penyaman udara menjadi sangat tidak menyenangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain