suria

Selama ini cuci epal guna garam, rupanya tak berapa elok... Baru tahu kena rendam dalam jus lemon

Epal tidak hitam walaupun selepas beberapa jam dipotong. -Foto Lailatul Munira Zainuddin

BUAH epal yang mudah hitam selepas dipotong menyebabkan ia jarang dijadikan 'koleksi' dalam bekal makanan.

Keadaan ini berpunca daripada teknik mencuci bagi menanggalkan kesan wax pada buah epal.

Membersih menggunakan larutan garam sememangnya berkesan dan menjadi amalan kebanyakan penggemar buah-buahan import ini, namun ia akan menyebabkan isinya menjadi lembik serta hitam dengan cepat selain mengurangkan rasa manis.

Potongan epall boleh dijadikan bekal untuk anak-anak

Potongan epall boleh dijadikan bekal untuk anak-anak.

Oleh itu, anda disarankan untuk menggantikan penggunaan garam kepada lemon segar bagi mengekalkan keaslian buah selain dapat menghilangkan kesan lilin pada kulitnya.

Menurut pakar pemakanan Taiwan iaitu Su Yanchen, kaedah tersebut dapat menghalang epal daripada menjadi hitam kerana lemon mengandungi vitamin C yang tinggi.

Bukan itu sahaja, zat masam pada lemon membantu menambahkan kemanisan buah seterusnya menjadikan epal lebih segar, harum dan lazat.

Dalam pada itu, Su Yanchen mengingatkan bahawa buah import tersebut mestilah direndam bersama jus lemon segar dan bukan produk siap yang dijual di dalam botol. - Sanook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain