suria

Lega tak perlu kerap beli berus cat... Akhirnya jumpa petua nak elak pengecat jenis ‘roller’ cepat keras

Petua menyimpan penggelek supaya berusnya tidak menjadi keras.

AKTIVITI mengecat di rumah kebiasaannya dilakukan sendiri tanpa perlu memanggil kontraktor.

Walaupun begitu, bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan proses mengecat, anda pastinya terlepas pandang beberapa petua yang boleh memudahkan kerja.

Melalui hantaran di laman Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Atama Aeman berkongsi satu tip berguna mengenai berus cat.

"Proses cat rumah ni biasanya makan masa berhari-hari, kalau kita silap simpan penggelek (roller), esoknya tu kita nak sambung cat mesti berus sudah jadi keras.

"Ayuh saya kongsikan satu tip untuk elakkan benda ni daripada berlaku," ujar Atama.

Aktiviti mengecat adalah sangat mudah jika betul caranya. -Gambar hiasan

Langkah-langkah:

1) Balut penggelek dengan menggunakan beg plastik, pastikan saiz beg plastik mengikut saiz penggelek.

2) Kemudian pulas penggelek yang sudah berbalut sehingga udara di dalam beg plastik terkeluar dan beg plastik melekat dengan ketat pada penggelek.

3) Ambil pita pelekat atau gelang getah untuk diikat pada beg plastik supaya ia tidak terbuka semula.

4) Penggelek yang sudah berbalut dengan beg plastik boleh dibiarkan begitu sahaja di luar, tidak perlu dibasuh. Esoknya boleh sambung cat seperti biasa.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Atama Aeman

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain