suria

Puas hati dapat petua bunuh lipas, guna minyak masak je... Kali ini ‘cik li’ pasti tewas!

Minyak masak terpakai juga boleh digunakan bagi kawalan serangga perosak.

LIPAS merupakan serangga perosak yang membawa pelbagai penyakit berbahaya kepada masyarakat sekitar.

Banyak petua boleh dicuba pemilik premis bagi membasmi lipas, namun bukan semuanya dijamin berkesan.

Melalui satu hantaran di laman Instagram oleh Melizah, ada dikongsikan teknik untuk menghapuskan lipas dengan menggunakan minyak masak terpakai, sungguh mudah dan yang paling penting efektif.

Ayuh kita lihat caranya!

Bahan-bahan:

1) Minyak masak terpakai

2) Bekas plastik kosong

Proses mudah menghasilkan perangkap lipas menggunakan minyak masak terpakai.

Langkah-langkah:

1) Letak minyak masak terpakai di dalam bekas.

2) Alihkan bekas tersebut ke tempat yang dilihat aktif dengan aktiviti lipas, biarkannya selama beberapa hari di situ.

3) Tidak lama selepas itu anda akan dapat lihat bekas berkenaan dipenuhi lipas yang sudah mati.

Perangkap ini merekodkan keberkesanan tinggi susulan minyak masak terpakai mengandungi sisa makanan yang banyak, pastinya menjadi 'magnet' kepada lipas.

Dalam pada itu, struktur minyak masak yang melekit menyebabkan lipas sukar untuk melarikan diri apabila sudah terjerat dan akhirnya mati kelemasan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Melizah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain