BAGI sesiapa yang kerap beriadah di luar, anda pasti pernah melalui situasi menjengkelkan apabila kemuncup melekat pada pakaian. Kemuncup perlu ditanggalkan sebelum dibasuh kerana ia sukar untuk berpisah daripada kain menerusi cucian biasa. Antara cara yang biasa digunakan adalah teknik manual iaitu mencabut kemuncup berkenaan satu persatu menggunakan tangan. Namun kaedah ini ternyata membazir waktu kerana jumlah kemuncup yang melekat kebiasaannya terlampau banyak pada suatu masa Jangan risau, melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Nur Salina Mohtar, ada dikongsikan cara yang lebih efisien untuk menanggalkan kemuncup tersebut. Ayuh kita lihat! Dua petua untuk menghapuskan kemuncup. 1) Menggunakan pisau Ratakan pisau pada permukaan kain, buat dengan berhati-hati supaya pakaian tidak terkoyak. Anda dapat lihat kebanyakan kemuncup terbabit tertanggal apabila disagat oleh bilah pisau. Ulang langkah sehingga pakaian bebas daripada kemuncup. 2) Mengggunakan pita pelekat Sekali tarik, terus tertanggal semua! Cara ini terbukti lebih efisien untuk menanggalkan kemuncup. Langkahnya cukup mudah, tampal potongan pita pelekat pada bahagian pakaian yang mempunyai kemuncup dan kemudian tarik. Semuanya pasti terus tertanggal. Ulang langkah pada permukaan pakaian yang masih mempunyai kemuncup. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Nur Salina Mohtar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube