suria

Singki senang tersumbat, penapis DIY ini jadi solusi... Perangkap semua lebihan makanan

Singki tersumbat sudah tentunya sukar untuk dibersihkan. -Gambar hiasan

SINGKI yang tersumbat pastinya memeningkan kepala.

Kebiasaannya ia berpunca daripada cebisan atau baki makanan yang dibuang ke dalam singki dan seterusnya terkumpul di saluran menyebabkan air sukar untuk mengalir.

Jangan risau, melalui satu hantaran di laman TikTok oleh @lifeprettyhacks, ada dikongsikan cara untuk menghasilkan penapis sendiri, cukup mudah kerana ia menggunakan konsep do it yourself (DIY).

Penapis ini akan memerangkap sisa pepejal dan hanya membenarkan lebihan cecair untuk memasuki saluran paip dan seterusnya mengalir ke parit, barulah singki tidak tersumbat!

Ayuh kita lihat bagaimana caranya.

Proses menghasilkan penapis singki DIY.

Bahan-bahan:

1) Botol minuman

2) Pemutar skru

Langkah-langkah:

1) Potong separuh botol minuman, hanya bahagian bawah yang akan digunakan.

2) Panaskan pemutar skru dengan menggunakan api dapur.

3) Cucuk pemutar skru pada botol untuk membuat beberapa lubang, jangan terlalu banyak dan jangan juga terlalu sedikit, sederhana sahaja jumlah lubangnya.

4) Sangkutkan bahagian botol yang sudah dibuat lubang itu di tepi singki. Kini penapis buatan sendiri anda sudah siap!

Pastikan setiap kali anda hendak membasuh pinggan, tuangkan terlebih dahulu sisa makanan ke dalam penapis ini, pepejal yang diperangkap kemudiannya boleh dibuang ke dalam tong sampah.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain