suria

Memang susah cuci kotoran panel kaca di rumah, staf housekeeping kongsi tip bersihkan sampai berkilat

Kotoran degil pada panel kaca di kebanyakan kediaman. -Gambar hiasan

PANEL kaca di rumah akan mempunyai kesan kotoran yang mencacatkan pemandangan sekiranya kerap terkena dengan percikan air.

Keadaan sebegini dilihat berlaku pada pintu kaca di tandas serta tingkap di bahagian luar kediaman.

Walaupun sudah dibilas dengan air bersih, kotoran tersebut pasti muncul kembali, sungguh degil untuk dihilangkan!

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang individu dikenali sebagai Mas Lina tampil berkongsikan solusi untuk masalah ini.

Menurut Mas Lina yang berpengalaman sebagai pekerja pembersihan hotel (housekeeping), dia sering menggunakan tip ini ketika dalam kerjayanya.

"Ini teknik yang murah dan mudah," kata Mas Lina.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya!

Sabun kuning yang boleh diperoleh daripada pasaran. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Sabun kuning (boleh didapati dalam bentuk pepejal di kebanyakan kedai perkakasan)

2) Air panas

3) Berus sabut

Langkah-langkah:

1) Potong sabun kuning dan masukkan ke dalam bekas, tuang air panas. Kacau ketulan sampai hancur.

2) Biar campuran menjadi sejuk sehingga ia kelihatan likat seakan berlendir.

3) Ambil berus sabut dan rendamkan ke dalam campuran, kemudian gosok pada panel kaca sehingga rata ke semua permukaan.

4) Seterusnya bilas dengan air bersih, hasilnya pasti panel kaca menjadi berkilat dan jernih, sehingga kita mungkin tidak perasan ada kaca di situ

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Mas Lina

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain