suria

Jangan terus campak biji betik ke tanah, bimbang tumbuh pokok jantan... Ini cara nak dapatkan benih berkualiti sebelum tanam

Cara dapatkan benih betik yang berkualiti.

CAMPAK sahaja biji buah betik di belakang rumah, pasti pokoknya akan tumbuh subur.

Namun kebiasaannya pokok betik yang tumbuh adalah jenis berbunga atau dikenali pokok betik jantan.

Mungkin anda berasa hampa kerana harapan menikmati betik yang sedap dan manis tidak kesampaian.

Pun begitu, pokok betik jantan turut diminati sebilangan individu yang gemar menikmati ulam-ulaman atau membuat kerabu bunga betik.

Bagi yang cuba menanam pokok betik selepas menikmati buah yang manis dan besar, ikuti petua yang dikongsikan Dusun Cikgu Mail di laman TikTok.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan benih yang terbaik.

Biji betik yang terapung adalah tidak berkualiti dan berongga.

Biji betik yang terapung adalah tidak berkualiti dan berongga.

1. Masukkan kesemua biji betik ke dalam air.

2. Asingkan benih yang terapung dan tenggelam. Kebiasaannya benih yang terapung adalah betik jantan dan lebih berongga.

3. Selepas itu, masukkan sedikit garam, anggaran satu sudu kecil di dalam larutan air tadi dan kacau supaya sebati.

4. Biji betik yang berongga dan kurang berkualiti akan mula timbul di permukaan.

5. Buangkan kesemua biji betik yang terapung kerana ia tidak mempunyai isi padu dan kosong.

6. Kemudian tapis biji yang tenggelam dan jemurkan di bawah terik matahari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain