SEIRING peredaran global yang serba pantas hari ini, pembeli rumah tidak lagi sekadar mencari sebuah kediaman untuk dimiliki sebaliknya mahukan komuniti seimbang meliputi keperluan kesejahteraan hidup. Memberikan nilai tambah kepada pencarian kediaman impian, Bandar Sri Sendayan berkembang menjadi sebuah bandar yang bertenaga dengan tawaran pelbagai kemudahan seperti kelab rekreasi terkini, pusat hiburan, sekolah, taman rekreasi yang luas, kesibukan hab komersial dan banyak lagi. Perbandaran yang pesat berkembang dengan gabungan kemudahan moden dan persekitaran mesra keluarga ini menjadi lokasi ideal untuk kediaman, tempat kerja dan bermain. Menjadi sebahagian daripada perbandaran Bandar Sri Sendayan, Bayu Sutera kian berkembang di Seremban mewakili etos ini. Kawasan perumahan ini menggabungkan ciri-ciri kehidupan kontemporari dan kemudahan holistik yang dicari. Kejayaan jualan pantas fasa-fasa terdahulu membuktikan penerimaan kediaman ini secara meluas, apabila fasa pelancaran awal merangkumi 1,190 unit berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemilik rumah, dengan majoriti pembeli dari Lembah Klang. Bahkan, kawasan seluas 87.4 hektar (216 ekar) ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuk pos pengawal dan pagar perimeter bagi memastikan ketenangan penduduk. Selain projek kediaman, pembangunan ini juga menempatkan hab komersial Bayu Biz. Rumah teres dua tingkat Melora Homes di Bayu Sutera yang berstatus pegangan bebas direka dengan keselesaan dan fungsi yang optimum. Kedudukan strategik Bayu Biz yang berada di jalan utama Bayu Sutera, bakal menjadi pusat utama perniagaan, beli-belah dan sosial, sekali gus menjadi tumpuan untuk aktiviti harian seperti tempat makan dan perhimpunan sosial. Pencapaian menerusi anugerah Bayu Sutera’s Cornerstone Award bagi kategori Best Landed Development (Excellence) menerusi Anugerah StarProperty berlangsung tahun ini juga memperkukuhkan pertumbuhan dan daya tarikan pembangunan ini. Melora Homes di Bayu Sutera Melora Homes di Bayu Sutera menjadi tambahan terbaharu kepada pembangunan ini yang menawarkan kediaman mewah dalam persekitaran unggul. Terletak strategik di tengah Bandar Sri Sendayan, Melora Homes direka untuk memenuhi keperluan individu yang mencari tempat tinggal yang menggabungkan keselesaan moden, hijau berserta hubungan komuniti yang erat. Sebagai presint keempat yang dilancarkan di bawah perbandaran Bayu Sutera, Melora Homes memperkenalkan pembangunan yang dirancang dengan baik terdiri daripada tiga fasa dengan pelancaran semasa diwakili Fasa 1. Direka khas untuk membawa kehidupan mewah, rumah berkembar dua tingkat dengan status hak milik kekal ini direka untuk keselesaan dilengkapi dengan kepelbagaian fungsi. Kediaman ini mempunyai empat bilik tidur dengan bilik mandi ensuite, berserta bilik utiliti tambahan yang meliputi keluasan dari 2,498 kaki persegi bersaiz lot sehingga 92 kaki. Ruang luas ditawarkan turut memenuhi keperluan penghuni yang pelbagai. Terdapat beberapa unit rumah turut dilengkapi dengan halaman belakang peribadi untuk keselesaan ruang privasi tambahan. Menggunakan kemasan rekaan premium, halaman belakang mewah dan tingkat satu lengkap dengan lantai kayu eksklusif, kediaman ini menggabungkan kecanggihan dan praktikal, memastikan keperluan keluarga moden dipenuhi. Setiap kediaman juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini, seperti kunci digital, lampu pencahayaan, sistem penyaman udara IR blaster dan sistem audio yang dikawal oleh telefon pintar, menyediakan kemudahan yang terbaik untuk pemilik rumah. Kehidupan komuniti saling berhubung Akses kemudahan merupakan daya tarikan utama bagi Bayu Sutera, yang memenuhi keperluan harian dan rekreasi. Tidak kira sama ada membabitkan aktiviti membeli-belah, pendidikan atau rekreasi, semuanya dalam jangkauan. Bayu Sutera menyediakan pelbagai kemudahan yang berpusatkan komuniti, seperti kawasan permainan kanak-kanak dan rumah pokok. Kedudukan sekolah Matrix Global Schools yang berhampiran kawasan kediaman menyediakan pendidikan bertaraf dunia dengan kurikulum tempatan dan antarabangsa. Dibina di atas tanah seluas 8 hektar dan diilhamkan oleh sekolah kolonial British klasik, institusi ini mampu menampung seramai 2,500 pelajar. Selain itu, d’Tempat Country Club pula menawarkan keahlian percuma untuk semua penduduk Bayu Sutera dengan pelbagai kemudahan riadah termasuk kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, gelanggang boling, gelanggang tenis dan spa. Bagi mereka yang mencari pengembaraan dan hiburan, X Park Sendayan juga adalah hab hiburan terbesar di Negeri Sembilan, menawarkan aktiviti seperti go-kart, memanah dan paintball. Ia juga mempunyai gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang golf. Sementara itu, Sendayan Merchant Square pula merupakan kawasan komersial dengan kira-kira 163 kedai pejabat berhadapan Carnelian Park, menjadi ruang awam direka untuk ikatan komuniti bagi pelbagai aktiviti perniagaan. Lokasi perbandaran ini yang berhampiran dengan lebuh raya utama juga memastikan kesalinghubungan mudah, menjadikannya ideal untuk mereka yang berulang-alik ke kawasan sekitar. Seiring dengan perancangan pembangunan memacu pertumbuhan, Bandar Sri Sendayan mengalami peningkatan nilai hartanah yang stabil, terus berkembang menjadi perbandaran yang mandiri, makmur dan menjadi tempat perlindungan yang sempurna untuk seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari melora.bayusutera.com. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube