MESIN basuh adalah antara barangan elektrik yang paling tahan lasak dan sukar rosak. Tidak hairanlah apa pengguna mampu menggunakannya sehingga berbelas-belas tahun. Malah banyak perkongsia di media sosial memaparkan mesin basuh yang sudah lama dan buruk tetapi masih berfungsi dengan baik. Mungkin anda beranggapan kualiti dan jangka hayat sesebuah mesin basuh bergantung pada jenama, namun sebenarnya ia bergantung pada cara pengendalian. Bagi anda yang sering kali bertukar mesin basuh, cuba amalkan tip Hairul Vcool yang dikongsikan di TikTok. Selain dapat memanjangkan jangka hayat mesin basuh, anda juga boleh menjimatkan penggunaan tenaga sekali gus mengurangkan bil elektrik. Berkongsi pengalaman sebagai tukang servis, ujarnya, kebanyakan mesin basuh yang dihantar untuk dibaiki mengalami masalah pada printed circuit board (PCB) atau papan sirkuit cetak yang menempatkan pelbagai komponen elektronik. Menurutnya, masalah ini berlaku disebabkan amalan pelanggan yang tidak menutup suis selepas menggunakannya kerana beranggapan mesin basuh telah 'mati' secara automatik. "Lepas basuh, mesin tak tutup 'plug', apabila tak tutup, elektrik akan sentiasa mengalir masuk ke dalam board. "Lama-kelamaan boleh merosakkan board berkenaan dan elektrik yang sentiasa mengalir akan menyebabkan bil elektrik meningkat," ujarnya. Pada masa sama, dia turut menunjukkan kesan board yang telah rosak akibat kesilapan cara pengendalian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube