suria

Ramai cuba tanam bawang dah tumbuh tunas tapi gagal! Anda mungkin silap sebab tak potong dulu

Ulas bawang merah dikatakan akan menjadi banyak jika tip ini dicuba.

MELIHAT tunas yang keluar dari bawang yang disimpan dalam bekas simpanan, mesti ramai yang cuba menanamnya di pasu.

Namun selepas beberapa hari ditanam, bawang mulai mengecut manakala tunas menjadi hitam dan layu.

Pastinya hasrat nak menanam pokok bawang bawang tidak kesampaian.

Anda yang mengalaminya, bolehlah mencuba kaedah Anita Hassan seperti perkongsiannya di laman TikTok.

Bukan sahaja daun bawang 'meriah', malah anda boleh menambah stok ulas bawang tanpa berbelanja lebih.

Bahagian atas bawang merah perlu dipotong sebelum ditanam.

Bahagian atas bawang merah perlu dipotong sebelum ditanam.

Kaedahnya:

1. Potong sedikit di bahagian atas bawang yang sudah tumbuh tunas.

2. Gaulkan 70 peratus tanah hitam bersama 30 peratus cocopeat dan baja.

3. Siramkan dengan air yang banyak sehingga medium betul-betul basah.

4. Kemudian buatkan lubang mengikut jumlah bawang yang ingin ditanam.

5. Tanamkan sedikit bahagian bawang dan letakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari.

6. Tanam dalam bekas yang rendah tapi besar.

7. Selepas dua atau tiga bulan, hasil boleh dituai.

Tip: Bagi mendapatkan hasil yang baik, gunakan bawang yang masih elok dan tidak busuk atau lembik.

Semasa proses membesar, jangan siram dengan air yang banyak kerana bimbang akarnya menjadi busuk.

Daun bawang pula tidak boleh dipotong jika ingin mendapatkan ulas bawang yang banyak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain