AKTIVITI berkebun sememangnya menyeronokkan kerana boleh dilakukan bersama keluarga tercinta. Namun apabila hasil yang diimpikan tidak kelihatan, ramai yang berputus asa dan mula beralih minat. Malah, persepsi tentang 'tangan panas' mulalah terpacul di fikiran. Anda yang mengalami masalah ini, jangan berhenti dulu! Hasilkan baja roti untuk tanaman anda terutama bagi jenis berbunga. Ini kerana yis yang terdapat dalam roti menyuburkan tanaman dan menggalakkan pokok berbunga. Ikuti langkah penyediaan baja roti seperti dikongsikan Irra Salam di TikTok. Campurkan baja roti ke dalam sebaldi air sebelum disiramkan ke pokok. Bahan-bahan: 5 keping roti putih (boleh guna yang sudah tamat tempoh) 1 liter air hujan atau paip 1 cawan gula merah Cara penyediaan: 1. Sediakan air dalam botol mineral kosong. 2. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam botol tadi. Pastikan kesemuanya terkena air. 3. Kemudian peram selama tujuh hari. Air akan menjadi keruh. 4. Tapiskan roti dan air ke dalam bekas lain. 5. Campurkan gula merah ke dalam bekas tersebut dan kacau sebati. 6. Tuangkan ke dalam botol dan peram semalaman. Siap! 7. Apabila ingin digunakan, cedok secawan baja dan campurkan dengan sebaldi air. Bolehlah siram pada tanaman anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube