suria

Patutlah berat badan makin naik, rupanya makan tak ikut tertib! ‘Kaki steamboat’ viral kena ikut cara ini elak obesiti

Pelbagai pilihan hidangan boleh dipilih di restoran steamboat.

KEBANYAKAN daripada kita akan menikmati daging terlebih dahulu apabila menjamu selera di restoran steamboat.

Maklumlah, rugi sekiranya perut diisi dengan sayuran mahupun buah-buahan terlebih dahulu, pasti akan cepat kenyang dan sukar untuk menikmati hidangan utama.

Amalan yang sering dilakukan itu menyebabkan ada segelintir individu yang mengalami masalah pencernaan dan pedih ulu hati.

Bagi mengelakkan masalah kesihatan, apa kata anda ikuti cara makan yang betul seperti saranan pakar kesihatan Dr Zarina Gurrahman atau lebih dikenali Dr Zarina di laman TikTok.

1. Mulakan hidangan dengan fiber terlebih dahulu

Fiber dapat menghalang lonjakan gula dalam darah daripada terus berlaku selepas anda menikmati hidangan dengan penuh selera.

Anda boleh mulakan dengan buah-buahan atau sayuran hijau yang pastinya lebih berkhasiat kepada tubuh.

Sajian steamboat lengkap dengan pelbagai nutrien termasuk fiber.

Sajian steamboat lengkap dengan pelbagai nutrien termasuk fiber.

2. Seterusnya ambil makanan berasaskan protein

Selepas kedua-dua hidangan pembuka selera itu dinikmati, barulah anda boleh makan protein.

Amalan tertib makanan ini dapat membantu menukarkan mod simpan lemak kepada bakar lemak sekali gus mengekalkan berat badan ideal.

3. Akhir sekali adalah karbohidrat

Kebiasaannya kita akan makan nasi terlebih dahulu.

Namun sebenarnya, ia perlu diambil selepas fiber dan protein supaya anda dapat meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.

Pada masa sama, aturan makan ini dapat mengelakkan anda mengalami masalah obesiti mahupun diabetes.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain