RAMAI yang komited melakukan tugasan sehingga 'diangkat' sebagai pekerja terbaik dan sukar diganti. Namun malangnya, golongan ini sukar dinaikkan pangkat dan berterusan melakukan tugasan yang sama sehingga bersara. Mereka yang alaminya pasti tertanya-tanya kenapa tidak dinaikkan pangkat meskipun menunjukkan prestasi baik. Menerusi hantaran Jurulatih Kerjaya, Farid Affy di laman X, ini antara sebab anda sukar dinaikkan pangkat. 1. Jika anda berhasrat untuk kembangkan kerjaya, fokuslah pada pembangunan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja. 2. Jangan jadi pekerja yang susah diganti sebaliknya tunjukkan kemahiran sebagai pemimpin. 3. Sumbangkan kemahiran yang melebihi tugasan semasa anda. 4. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa dengan mencari peluang baharu yang lebih baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube