suria

Menakjubkan kesan gam pada jubin tertanggal dengan 2 bahan! Buat sendiri je, tak perlu upah tukang profesional

Kesan gam keluar dengan mudah selepas lakukan teknik Zarul Anwar ini.

KEKURANGAN bajet untuk mendapatkan khidmat kontraktor membuatkan ramai melakukan sendiri pengubahsuaian rumah meskipun tidak mempunyai asas pertukangan.

Begitulah yang dilakukan Zarul Anwar selepas mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pengikut laman Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Dia yang berjaya menghilangkan kesan gam dan getah berwarna hitam pada jubin selepas mengalihkan kolah mandi secara do it yourself (DIY), kemudiannya berkongsi teknik yang digunakan.

Malah katanya, kaedah menggunakan dua bahan ini adalah paling mudah dan cepat.

Bahan-bahan yang digunakan membuatkan proses buang gam kolah mudah dilakukan.

Bahan-bahan yang digunakan membuatkan proses membuang gam kolah mudah dilakukan.

Bahan-bahan:

Asid pencuci jubin

Thinner

Cara melakukannya:

1. Mula-mula sapukan asid pencuci jubin pada kawasan gam berkenaan.

2. Apabila seluruh bahagian diselaputi asid tadi, tambahkan sapuan thinner pula.

3. Biar selama 10 minit bagi membolehkan kedua-dua bahan bertindak balas.

4. Kemudian kikis dan gosok bahagian gam berkenaan menggunakan skalpel.

Tip: Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencuci lantai jubin yang mempunyai kesan degil dan watermark.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain