MASALAH sinki tersumbat adalah perkara biasa yang dialami suri rumah. Kadang kala air yang bertakung mengambil masa yang lama untuk mengalir ke saluran paip sehingga mengganggu aktiviti memasak. Bagi para ibu yang sering berdepan situasi ini, apa kata anda mengamalkan teknik mudah ini bagi mengelakan sinki tersumbat. Berdasarkan hantaran Kamal Hamid di Facebook, kaedah tersebut merupakan amalan biasa yang dilakukan tukang paip. Bukan sahaja membantu mencuci segala kotoran di dalam saluran paip, sinki juga bebas dari kesan asid atau soda bikarbonat. Cara-caranya: 1. Tutup lubang sinki sepenuhnya. 2. Tadah air dalam sinki semaksimum mungkin atau sehingga sinki penuh. 3. Kemudian tarik penutup lubang supaya air dapat mengalir laju dan dilepaskan serentak. 4. Lakukan sebulan sekali supaya masalah sinki tersumbat dapat diatasi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube