BERBEZA dari kebiasaan, ilham serta idea kreatif artis tempatan tersohor, Arif Rafhan menghasilkan rekaan batik inspirasi karakter ikonik Marvel, Venom selayaknya diberi pujian. Gabungan luar biasa antara budaya pop dan warisan ini diketengahkan sempena pelancaran filem Venom: The Last Dance yang memberikan penampilan baharu kepada anti-hero kesayangan ramai pada masa sama menonjolkan keindahan seni warisan di peringkat antarabangsa. Siri seni batik unik ini dilancarkan hasil kolaborasi dengan Sony Pictures Malaysia. Venom mencipta kelainan buat peminat. Siri Venom x Batik Inspired Art Series turut memberi bayangan semula watak terkenal, Venom, melalui corak batik yang rumit, menggabungkan estetika gelap dan berani dengan keanggunan serta keceriaan seni tekstil tradisional. Interpretasi Arif Rafhan menghidupkan semula Venom, menggabungkan bentuk-bentuk batik yang berseni dengan visual tajam dan kacau bilau sejejar ilusi ikonik Venom. ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen tempatan promosi batik ke pentas dunia, berkolaborasi dengan British Council ARTIKEL BERKAITAN: Bisa ‘Venom’ kurang menyengat Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia, Simon Foo, berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Arif Rafhan untuk merealisasikan konsep unik ini. “Projek ini adalah contoh hebat bagaimana kita boleh menggabungkan fenomena budaya pop global dengan warisan tempatan, mencipta sesuatu istimewa untuk penonton Malaysia." katanya dalam satu kenyataan media. Hasil seni batik Arif Rafhan mengangkat warisan negara ke peringkat antarabangsa. Arif Rahan yang dikenali menerusi kreativiti menggabungkan elemen budaya tempatan dalam seni kontemporari turut berkongsi pandangannya tentang projek ini. “Venom adalah watak yang sangat menarik dengan identiti visual yang kuat. Gabungan antara karakter ini dengan seni batik sangat peribadi bagi saya. “Saya ingin mencipta sesuatu yang kelihatan biasa tetapi memberikan nafas segar mencerminkan simbiosis antara dua dunia,” ujarnya. Saya ingin mencipta sesuatu yang kelihatan biasa tetapi memberikan nafas segar ARIF RAFHAN Kolaborasi unik antara Sony Pictures Malaysia dan Arif Rafhan membuktikan usaha berterusan untuk mengentengahkan bakat budaya pop global dengan tradisi tempatan, menawarkan penonton Malaysia hubungan istimewa dengan dunia Venom Siri Venom x Batik Inspired Art Series akan ditampilkan di pelbagai platform termasuk kandungan digital dan paparan khas di pawagam GSC semasa tayangan Venom: The Last Dance. Tayangan Venom: The Last Dance bersiar secara eksklusif di pawagam pada 24 Oktober ini Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube