suria

Mudah rupanya nak buat ‘play-doh’ sendiri, tak guna banyak bahan... Paling penting jimat dan selamat

Doh mainan membantu merangsang imaginasi dan kreativiti anak-anak. -Gambar hiasan

AKTIVITI menggunakan tanah liat atau doh mainan (play-doh) sering menjadi pilihan kanak-kanak yang kreatif dan gemar berimaginasi.

Maklumlah, mereka dapat membina apa sahaja bentuk, objek mahupun karakter yang 'terlakar' dalam fikiran.

Bagi menambah keterujaan anak-anak dalam berimaginasi, apa kata anda hasilkan sendiri doh mainan bersama mereka.

Cara ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan rangsangan serta perkembangan deria si manja.

Ini cara mudah untuk menghasilkannya seperti perkongsan Hani healthy shop di Facebook.

Anda boleh gunakan bahan yang telah tamat tempoh bagi mengelakkan pembaziran.

Play doh yang dihasilkan sendiri lebih selamat digunakan.

Doh mainan yang dihasilkan sendiri lebih selamat digunakan.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras

1 sudu besar minyak masak

1/2 cawan garam

2 sudu besar krim tartar

1 cawan air panas

Pewarna organik

Cara menghasilkannya:

1. Campurkan kesemua bahan

2. Kacau dengan sudu supaya bahan sebati

3. Kemudian uli adunan tadi dengan menggunakan tangan sehingga membentuk doh

4. Jika adunan masih lembik, tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan sekiranya keras, tambahkan minyak

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain