suria

Kekal tenang, jangan banyak bergerak... Abang bomba ajar cara nak lepaskan belitan ular

Ular akan melilit dengan lebih kuat apabila terdapat pergerakan.

KES kematian membabitkan manusia ditelan ular sawa bukanlah perkara baharu dalam kalangan masyarakat nusantara.

Malah beberapa kejadian seumpanya dilaporkan berlaku dalam tahun ini dengan kes terkini melibatkan seorang wanita dibelit selama dua jam ketika sedang mencuci pinggan.

Meskipun ular sawa bukanlah haiwan berbisa, namun kemampuannya menelan makhluk yang lebih besar sangat menggerunkan.

Jika anda berhadapan situasi cemas seperti itu, ini langkah yang perlu dilakukan seperti perkongsian pasukan bomba.

Seorang wanita Thailand yang berusia 64 tahun dibelit ular sawa selama dua jam semasa mencuci pinggan.

Seorang wanita Thailand yang berusia 64 tahun dibelit ular sawa selama dua jam semasa mencuci pinggan.

1. Kelemahan ular terletak di bahagian kepalanya

Ramai yang beranggapan kelemahan ular sawa pada ekornya kerana terdapat banyak mitos mengenai haiwan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kelemahan utama ular sawa adalah pada kepalanya, oleh itu anda perlu sentiasa memegang bahagian tersebut bagi mengelakkan diri digigit.

2. Pegang kepala ular sawa dengan teknik yang betul

Jika anda menggunakan teknik yang betul, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya menyerang seterusnya cubaan membelit dan menggigit tidak dapat dilakukan.

Ini kerana, apabila ular sawa mula membelit, anda akan berada di ambang maut.

3. Seboleh-bolehnya kurangkan gerakan

Lagi kuat gerakan kita, lagi kuat ular sawa membelit.

Oleh itu, jika anda bersendirian, letak kepalanya di bahagian pelipat paha dan kepit dengan kuat supaya kedua-dua tangan anda boleh digunakan.

Kemudian tarik ekor terlebih dahulu supaya lilitan ular sawa menjadi longgar.

Anda diingatkan supaya tidak menari badan ular sawa ya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain