suria

Tak perlu upah tukang, rupanya senang je nak pulihkan dinding berlubang... Boleh buat sendiri macam pro!

Dinding rumah akan kelihatan cantik selepas melakukan salah satu teknik yang dikongsikan.

RUMAH 'terpakai' atau yang dibuat sewa pasti mempunyai kesan tebuk yang banyak pada dinding sehingga mencacatkan pandangan.

Maklumlah setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza dan pastinya mempunyai pelbagai jenis hiasan yang ingin digantung atau didekorasi pada dinding rumah.

Maka berlakulah banyak tebukan pada dinding sehingga ada yang terlihat seperti kesan tembakan rawak.

Anda yang berhadapan situasi seperti itu khususnya yang baru membeli rumah subsale atau mengambil alih kediaman sewa, ini cara mudah untuk hilangkan kesan 'tembakan' pada dinding rumah.

Paling penting, anda boleh lakukannya sendiri tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan daripada tukang rumah.

1. Simen filler

Simen filler sememangnya pilihan terbaik bagi membantu urusan renovasi dan baik pulih rumah.

Bagi menghilangkan kesan lubang pada dinding, cuba bancuh simen filler terlebih dahulu dan masukkan ke dalam lubang berkenaan.

Apabila kering, kemaskan permukaan tersebut sehingga licin dan 'plaster' menggunakan simen filler yang sama.

Rumah sewa atau subsale kebiasaannya berada dalam kondisi yang kurang memuaskan

Rumah sewa atau subsale kebiasaannya berada dalam kondisi yang kurang memuaskan.

2. Simen plaster siling

Bahan yang paling mudah digunakan dan senang diperoleh adalah simen plaster siling.

Bancuh sahaja seperti biasa dan masukkan ke kawasan lubang dinding yang ingin ditutup.

Simen plaster siling juga cepat kering berbanding bahan lain.

3. Bancuhan simen dan pasir

Campuran simen, pasir dan air adalah kaedah yang sering digunakan tukang-tukang rumah kerana lebih kukuh serta berkesan.

Maklumlah, apabila lubang paku yang banyak pada dinding, sedikit sebanyak akan memberi kesan pada struktur bangunan tersebut.

Bagaimanapun, kaedah ini kurang popular bagi mereka yang ingin mudah dan cepat.

Tip: Bagi memudahkan bahan bancuhan pilihan diletakkan pada lubang kecil tersebut, anda boleh menggunakan plastik air dengan memasukan bahan tadi kedalamnya dan gunting di bahagian bucu.

Kemudian picit bahan tadi ke dalam lubang sehingga penuh dan jika terdapat lebihan, biarkan ia mengering terlebih dahulu sebelum kikis dan ratakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain