GANGGUAN makhluk halus sering dibicarakan sejak zaman berzaman. Meskipun sukar dibuktikan, namun mereka yang mengalaminya cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang tidak diingini atau mengalami sakit misteri. Susulan itu, pelbagai amalan dan cara 'diperturunkan' generasi terdahulu bagi tujuan menghalang gangguan makhluk halus di rumah. Perkara sama turut dikongsikan mitch_serunaifaqir di laman TikTok miliknya. Menurutnya, amalan tersebut dikongsikan oleh gurunya bagi membantu menghindarkan entiti ghaib yang berada di dalam rumah menerusi cara yang lebih 'berdiplomasi'. Bahan-bahan: 1. Kulit bawang putih 2. Cili kering Cara lakukannya: 1. Kumpul kesemua kulit bawang putih dan cili kering dalam satu bekas atau tin. 2. Kemudian bakar dan perasap seluruh ruang rumah. Bakar sikit demi sedikit kerana anda hanya memerlukan asap sahaja. 3. Waktu yang sesuai untuk melakukannya adalah selepas Asar. 4. Pastikan pintu dan tingkap dibuka luas. 5. Bakar dalam tempoh setengah jam atau satu jam dan tutup semula pintu dan tingkap rumah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube