suria

Lama tak pakai, simpan sampai berkarat... Ini cara ‘pulihkan’ kuali besi agar kembali berkilat, senang sangat

Kuali berkarat kembali bersinar selepas dicuci menggunakan air garam dan perahan limau.

KEBANYAKAN tukang masak sama ada di restoran mewah atau gerai jalanan pasti menggunakan kuali besi atau keluli berbanding perkakas memasak yang lain.

Selain berharga lebih murah berbanding produk viral yang banyak dalam pasaran, kuali besi sebenarnya lebih tahan lasak.

Mereka yang biasa menggunakannya juga pasti menyedari perbezaan dari segi rasa dan aroma kerana kuali besi menjadikan masakan lebih sedap dan wangi.

Bagaimanapun, penggunaannya tidak popular dalam kalangan suri rumah masa kini kerana dikatakan sukar dijaga dan mudah berkarat.

Kini anda tidak perlu risau, menerusi perkongsian Yem Bigstore di Facebook, ada cara mudah untuk membersihkan kuali besi supaya kelihatan berkilat dan bersinar seperti baharu.

Bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa dan kos anda.

Campurkan kedua-dua bahan tadi dan panaskan kuali.

Campurkan kedua-dua bahan tadi dan panaskan kuali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Garam

Air perahan limau

Kaedah untuk membersihkannya:

1. Masukkan tiga hingga empat sudu besar garam ke dalam kuali.

2. Campurkan kira-kira empat sudu besar air perahan limau nipis.

3. Kemudian panaskan kuali seolah-olah hendak memasak.

4. Kacau kesemua bahan tadi menggunakan berus dawai dan sental seluruh kuali.

5. Kemudian bilas kuali tadi dengan air dan lihat kesan yang mengagumkan.

6. Anda boleh juga sapukan lapisan minyak nipis selepas kuali tersebut dibersih dan dikeringkan dengan baik.

7. Kemudian telangkupkan semasa menyimpan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain