suria

Bantal berkulat, ada tahi lalat boleh dicuci dengan mudah... Cuma ambil masa 1 jam nak nampak macam baharu

Bantal kembali bersih seperti baru dibeli.

BANTAL dan tilam yang tersimpan rapi pun boleh dipenuhi tahi lalat mahupun kulat.

Kebanyakannya berpunca daripada suhu lembap di ruang penyimpanan, terutamanya melibatkan almari jenis kayu.

Jika diikut rasa hati, mesti nak buang semua bantal dan tilam yang sudah 'rosak' kerana geram dengan kehadiran kulat.

Bagi anda yang berdepan masalah ini, jangan bertindak melulu sebaliknya cuba kaedah mudah yang dikongsikan Dinda Kurnia di laman Facebook.

Bukan sahaja kesan kulat dan tahi lalat hilang, malah bantal serta tilam juga kelihatan baharu.

Bahan-bahan:

2 besen air panas

1 cawan garam

2 sudu besar cuka makan

2 sudu besar soda bikarbonat

Pemberih pinggan (secukupnya)

Cara pembersihan:

1. Tuang air panas ke dalam baldi dan masukkan kesemua bahan.

2. Masukkan bantal yang berkulat dan tekan-tekan sehingga semua permukaan terendam di dalam air.

3. Biarkan selama satu jam.

4. Kemudian angkat bantal tadi dan perhatikan sekiranya masih terdapat kesan kotoran kulat.

5. Jika masih ada, tabur soda bikarbonat bersama cuka pada bahagian tersisa dan berus sehingga bersih.

Tip: Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk pakaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain