suria

Jenama popular, masih ada ‘bunga’... Berbaloikah beli tayar terpakai? Ini 5 tips penting anda perlu tahu

Tayar perlu diganti apabila sudah haus atau mengalami masalah.

KEBANYAKAN pengguna meletakkan jenama sebagai kriteria utama dalam membeli barangan, termasuklah tayar kenderaan.

Bagi golongan 'berada', ia bukanlah masalah utama untuk memilikinya.

Namun mereka yang kurang berkemampuan cenderung untuk mendapatkan produk berjenama yang terpakai atau secondhand demi kelihatan mewah.

Maka tidak hairanlah ada yang berdepan masalah kerosakan tayar walaupun baru sahaja menukarnya.

Bagi mengelakkan situasi tersebut, ikuti panduan pembelian tayar daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Tayar mempunyai pelbagai kualiti dan jenama.

Tayar mempunyai pelbagai kualiti dan jenama.

1. Jangan beli tayar yang ditoreh atau terpakai

Risiko untuk tayar meletup dan hilang 'grip' (cengkaman) semasa pemanduan adalah sangat tinggi kerana struktur serta kualiti getah tayar sudah berkurang.

Anda yang pada awalnya ingin berjimat sebenarnya terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi kerana tayar terpakai cepat rosak dan haus serta perlu diganti dengan lebih kerap.

Bagi yang belum mengetahui cara memeriksa tayar baharu atau terpakai, lihat pada TWI atau tanda aras amaran botak.

Jika aras tayar hampir sama dengan tanda TWI, maknanya tayar sudah haus dan perlu ditukar.

2. Cari tanda Malaysian Standard (MS)

MS bermaksud tayar yang dikeluarkan memenuhi kriteria atau piawaian keselamatan yang ditetapkan untuk jalan raya di Malaysia.

Jika tayar yang digunakan tidak menepati piawaian, dibimbangi anda meletakkan diri dalam risiko kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

3. Semak kod DOT

Ambil cakna cara nak semak kod Department of Transportation (DOT).

Dari situ anda boleh tahu maklumat mengenai tayar yang digunakan.

Sebagai contoh, tarikh pengeluaran tayar, beban yang boleh ditampung, saiz dan sebagainya.

Cara memeriksa tahap ketebalan tayar

Cara memeriksa tahap ketebalan tayar.

4. Kenali masalah kehausan tayar

Jika berkaitan suspension, kebiasaannya kereta akan bergoyang dan kurang stabil atau sering bergerak ke sisi.

Pada masa sama terdapat bunyi ketukan atau berlaku gegaran terlalu kuat apabila anda melalui jalan yang tidak rata.

Masalah balancing boleh dikenal pasti apabila stereng atau kereta yang dipandu rasa bergegar terutama ketika anda memandu laju selain stereng mudah melencong.

Bagi masalah alignment, kereta kebiasaannya menyimpang sekiranya anda terlepas stereng walaupun ketika itu memandu di jalan lurus.

Paling membimbangkan apabila tayar botak kerana kenderaan tidak akan berhenti walaupun selepas pedal brek ditekan malah berasa licin seolah-olah memandu di atas simen.

5. Periksa tekanan angin

Apabila pemanduan anda tidak stabil atau terasa berat dan minyak cepat habis, ia menandakan bahawa tayar kereta anda berisiko untuk pecah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain