GANGGUAN haiwan liar seperti khinzir sememangnya meresahkan para pekebun dan pengusaha ladang. Mana tidaknya, haiwan tersebut akan datang dalam bentuk berkumpulan dan memijak tanaman. Kadang kala, pagar yang dibina sekeliling kebun pun tidak membantu, begitu juga pagar elektrik. Kerosakan yang berlaku menyebabkan pekebun mengalami kerugian yang banyak. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati monyet asyik pecah masuk rumah! Cuba guna 2 bahan ini, mudah dan jimat... Tak perlu baling mercun Anda yang berdepan situasi begini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan Fahrul Radzi DHijrah di laman TikTok miliknya. Paling penting, tidak menggunakan racun yang membahayakan nyawa penduduk sekitar. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan 'memagarkan' kebun atau tanaman anda menggunakan pokok bunga tunera atau lebih dikenali 'bunga pukul 8'. Pokok renek ini mempunyai aroma yang tidak digemari haiwan. Fahrul berkongsi kebaikan pokok bunga tunera untuk kebun. Pada masa sama, keliling kebun anda akan kelihatan cantik kerana dihiasi pokok bunga. Ini lima fakta tentang pokok bunga tunera. 1. Merupakan natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan Hindia Barat. 2. Terdapat dua warna berbeza iaitu kuning dan putih. 3. Selain mencantikkan lanskap taman, air rebusan akarnya sering digunakan dalam rawatan tradisional. 4. Tumbuhan ini berpotensi sebagai antibiotik berdasarkan beberapa kajian klinikal yang dilakukan pada tahun 2009 terhadap patogen dikenali sebagai Staphylococcus aureusresisten-metisilin yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit disebabkan olehnya. 5. Lazimnya bunga tunera akan mula berkembang pada pukul 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube