suria

Tak perlu bazir duit beli racun, cuba saja petua kulit telur! Tikus tak akan muncul lagi di rumah anda

Kulit telur boleh digunakan untuk menghalau tikus. -Gambar hiasan (kanan)

TIKUS selaku haiwan perosak dan sentiasa melata merupakan penceroboh yang tidak diundang di setiap kediaman.

Pelbagai kaedah boleh dicuba untuk menghalau haiwan ini, namun rata-ratanya memerlukan penggunaan bahan kimia, sangat berbahaya untuk kesihatan jangka panjang serta menelan kos tinggi.

Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Abel Lione Korea berkongsikan teknik alternatif mencegah kehadiran tikus, iaitu dengan menggunakan kulit telur.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya!

Proses menghasilkan serbuk kulit telur.

Bahan-bahan:

1) Kulit telur ayam

Langkah-langkah:

1) Basuh dan keringkan kulit telur.

2) Tumbuk atau kisar halus kulit telur tersebut sehingga menjadi serbuk.

3) Tabur serbuk kulit telur di setiap penjuru dan sekitar rumah.

4) Lebihan serbuk kulit telur itu boleh disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada masa akan datang.

Menurut Abel Lione Korea, serbuk kulit telur itu juga berkesan untuk menghalau haiwan melata yang lain.

"Semut dan lipas yang suka merayap di kawasan dapur pun akan lari apabila ada serbuk kulit telur ini.

"Kalau tak mahu guna kulit telur, boleh juga tabur lada hitam di lubang yang tikus selalu masuk.

"Bau daripada kulit telur dan lada hitam akan menyebabkan rasa kurang senang pada hidung tikus yang sensitif," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain