suria

Jangan cepat nak tukar mesin basuh baharu, periksa bahagian ini dulu jika air masuk perlahan... Hasilnya pasti luar biasa!

Aliran air di dalam mesin basuh memainkan peranan penting bagi mendapatkan cucian yang memuaskan.

PERALATAN elektrik di rumah perlu diselenggara secara berkala supaya dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.

Antara masalah yang sering timbul adalah kadar air masuk ke dalam mesin basuh menjadi perlahan selepas beberapa tahun digunakan.

Kemasukan air yang perlahan boleh menyebabkan pakaian sukar untuk dicuci secara optimum.

Melalui satu hantaran di TikTok, seorang pakar perkakas elektrik dikenali sebagai Hairul Vcool berkongsi solusi bagi permasalahan ini.

Cukup mudah, malah anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Menurut Hairul Vcool, bagi menyelesaikan isu ini, anda perlu pergi ke bahagian belakang mesin basuh untuk memeriksa satu soket.

Langkah untuk melancarkan aliran air di dalam mesin basuh.

"Waktu awal beli mesin basuh dulu, air sangat laju, sekarang dah semakin perlahan. Jadi ini apa yang anda kena buat, pergi ke soket ini (rujuk gambar di atas), ia biasanya disambungkan dengan hos air.

"Cabut hos air, selepas itu dengan menggunakan playar, tarik keluar penapis di dalam soket tersebut. Dekat penapis ni ada terperangkap pasir, habuk dan bermacam kotoran lain.

"Bersihkan penapis ini dan kemudian masukkan semula ke dalam soket, InsyaAllah air masuk ke mesin basuh akan kembali deras.

"Jangan tergesa-gesa nak bawa repair ke kedai atau cari mesin basuh baharu, jimat duit anda," jelas Hairul Vcool.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Hairul Vcool

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain