suria

Ini cara nak banyakkan buih sabun cuci pinggan... Barulah semangat buat kerja dapur, tak perlu teruk sental

Kerja mencuci pinggan menjadi rutin kaum ibu setiap hari.

SABUN basuh pinggan yang harum, senang menanggalkan kotoran dan banyak buih akan memudahkan tugasan di dapur secara drastik.

Tidak perlu lagi memerah sepenuh kudrat untuk menyental kotoran degil pada periuk, kuali, pinggan dan mangkuk jika kita menggunakan sabun dengan ciri-ciri tersebut.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Rufina Abdul Raof berkongsikan petua untuk meningkatkan keberkesanan sabun basuh pinggan di rumah.

Ayuh kita lihat!

Bahan-bahan:

1) Sabun pencuci pinggan

2) Dua bekas kosong

3) Garam halus

Buih yang banyak akan mempercepatkan proses pencucian.

Langkah-langkah:

1) Tuang satu per empat sabun pencuci pinggan ke dalam botol kosong.

2) Seterusnya bancuh tiga sudu besar garam halus dengan air panas, kacau sehingga larut. Tambahkan air biasa sekiranya terlalu pekat.

3) Kemudian tuangkan larutan garam ke dalam botol yang sudah diisi sabun pencuci pinggan tadi.

4) Isi air garam sehingga memenuhi tiga per empat botol, akhir sekali, kocak-kocakkan botol untuk sebatikan kesemua campuran. Siap!

Di ruangan komen, warga maya turut memberikan maklum balas yang memberangsangkan.

"Wah sabun basuh pinggan saya lebih banyak berbuih selepas guna petua ini, baru semangat nak basuh pinggan, jadi mudah kerja mencuci," demikian kata seorang pelayar.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Rufina Abdul Raof

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain