suria

Tak sangka 2 bahan dapur ini boleh jadikan lampu kereta kabur kembali berkilat, gilap sekejap terus nampak baharu

Perbezaan antara lampu kereta lama dan baharu.

LAMPU kenderaan selepas digunakan untuk jangka masa tertentu akan mula menjadi kabur seolah-olah dilitupi wap.

Perkara ini boleh menjejaskan cahaya yang dipancarkan dan menyebabkan penglihatan menjadi terbatas pada waktu malam

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Ridzuan Zubir, ada dikongsikan cara mudah untuk menghilangkan kekaburan pada lampu kereta.

Bahan-bahan:

1) Dua biji limau

2) Serbuk penaik

Proses mencuci lampu kereta yang cukup ringkas.

Langkah-langkah:

1) Belah dua limau tersebut.

2) Tabur serbuk penaik di atas limau yang sudah dibelah itu.

3) Seterusnya sental permukaan lampu kereta menggunakan limau yang sama sehingga nampak berkilat.

4) Boleh tambah serbuk penaik untuk melancarkan cucian yang dibuat.

5) Akhir sekali bilas dengan air bersih, pasti nampak kesan ketara, kaca pada lampu kereta akan kelihatan lebih jernih.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Ridzuan Zubir

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube