TANDAS yang dijaga rapi kebersihannya pasti akan menyenangkan dan memberi keselesaan kepada pengguna, Antara bahagian yang perlu diberikan perhatian adalah pada singki yang sering digunakan untuk membersihkan tangan, memberus gigi atau mencuci muka. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Lulusta berkongsi cara untuk memastikan singki di rumah sentiasa putih berkilat dan tidak mudah berdaki. "Aku belajar tip ini daripada kawan aku yang merupakan seorang pemilik hotel," ujar Lulusta. Jom kita ikuti bagaimana caranya. Bahan-bahan: 1) Sabun pencuci pinggan 2) Cuka 3) Serbuk penaik Proses mudah untuk membersihkan singki yang menjanjikan kepuasan. Langkah-langkah: 1) Campurkan sabun pencuci pinggan dan cuka ke dalam bekas penyembur. 2) Kemudian goncang-goncangkan sehingga campuran menjadi sebati. 3) Seterusnya taburkan beberapa cubit serbuk penaik ke atas singki. 4) Selepas itu semburkan campuran yang dibancuh tadi ke atas singki. 5) Akhir sekali, ambil kain bersih dan lap permukaan singki sehingga rata semuanya. Menerusi ruangan komen, kebanyakan warga maya turut memberikan maklum balas yang positif. "Akhirnya tercapai impian saya nak ada tandas bersih bersinar macam di hotel. "Selalu terfikir juga apa rahsia mereka (hotel) untuk miliki tandas yang selesa, rasa macam nak tidur je dalam tu, terima kasih atas perkongsian," demikian kata warga maya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Lulusta Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube