MUSIM hujan yang dingin boleh menyebabkan seseorang itu mudah jatuh sakit. Antaranya simptom batuk tanpa henti serta rasa dada yang berat akibat berkahak, pasti semput rasanya. Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Ruziani Radzi, ada dikongsikan kaedah alternatif bagi meredakan batuk anda. "Saya belajar tip ini daripada seorang kawan lama yang merupakan pengamal perubatan tradisional Cina," ujarnya. Ayuh kita lihat! Bahan-bahan: 1) Buah oren atau limau 2) Garam Cara yang cukup mudah untuk merawat batuk. Langkah-langkah: 1) Potong oren menjadi separuh, kemudian taburkan setengah atau satu sudu teh garam ke atas permukaan oren yang sudah dipotong. 2) Seterusnya ambil garfu dan cucuk-cucuk permukaan oren itu supaya garam yang ditabur dapat meresap dengan lebih baik. 3) Kemudian ikat oren yang sudah dibelah dengan menggunakan tali atau getah supaya menjadi satu. Selepas itu masukkan oren ke dalam bekas yang tahan panas dan kukuskan selama 15 minit. 4) Kini anda dapat lihat air oren yang meruap terkumpul di dalam bekas, bagi mengelakkan pembaziran, boleh perah oren untuk mendapatkan saki-baki air. 5) Anda boleh minum air oren itu ketika ia masih panas bagi melegakan batuk. Air oren tersebut akan melembapkan mulut dan tekak sekali gus mengurangkan kerengsaan yang menyebabkan batuk. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube