AYAM yang dikeluarkan daripada peti ais perlu dinyahbekukan sebelum dimasak. Namun ada kalanya potongan ayam yang beku tersebut melekat antara satu sama lain, seakan-akan bergugusan sehingga menyukarkan proses kerja di dapur. Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Rose Affi, ada dikongsikan petua untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, kini anda tidak perlu lagi memerah kudrat bagi memisahkan ayam-ayam berkenaan. Hasil yang memuaskan. Bahan-bahan: 1) Kertas pembungkus makanan (kebiasaannya digunakan untuk nasi lemak) Langkah-langkah: 1) Basuh ayam dan tuskan. 2) Ambil kertas pembungkus makanan dan lipat dua, sesuaikan dengan saiz bekas yang akan digunakan untuk menyimpan ayam. 2) Lapikkan bahagian bawah bekas dengan kertas pembungkus makanan itu tadi, pastikan bahagian yang berplastik menghadap ke atas. 3) Susun potongan ayam di atas kertas pembungkus makanan tersebut, pastikan ada jarak dan ayam tidak bertindan, siap! Menggunakan cara ini, ayam pasti tidak akan melekat dan mudah dileraikan apabila beku. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Rose Affi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube