suria

Awas jika tiba-tiba bau hamis... Orang Asli kongsi ilmu masuk hutan, geng ‘camping’ wajib tahu

Mereka yang masuk ke dalam hutan terdedah kepada pelbagai risiko bahaya. -Gambar hiasan

AKTIVITI perkhemahan di dalam hutan semakin popular dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda.

Namun, kebanyakan mereka mungkin masih kurang ilmu 'masuk hutan', apatah lagi jika terserempak dengan haiwan berbisa atau makhluk halus.

Berikut merupakan beberapa petua dan ilmu apabila berada di dalam hutan, seperti yang dikongsi secara meluas di laman Facebook:

1. Ular tedung

Jika terserempak dengan ular ketika berada di dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut, sebaliknya hanya berhenti dan undur balik.

Ular tedung tidak akan mematuk apabila kepalanya sedang kembang penuh, sebaliknya ia akan mematuk ketika kepalanya kembang separuh.

Oleh tu, kita perlu 'acah-cah' bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan.

Ini merupakan petua yang dipelajari daripada masyarakat Orang Asli.

2. Harimau

Biasanya kita akan mendengar bunyi unggas dan serangga di dalam hutan.

camping 2

Masyarakat hari ini gemar melakukan aktiviti 'healing' seperti berkhemah. -Gambar hiasan

Namun, jika suasana hutan bertukar sunyi sepi secara tiba-tiba disusuli bau hamis, besar kemungkinan terdapat harimau atau beruang.

Mengikut petua Orang Asli, anda boleh membakar mercun bola bagi menakutkan haiwan berkenaan.

3. Beruang madu

Beruang madu biasanya boleh ditemui di kawasan hutan paya di Malaysia.

Jika terserempak, kita perlu menjerit dan membuat aksi seolah-olah mahu mengejar mereka.

Mengikut petua Orang Asli, cara ini berguna untuk menakutkan dan menghalau beruang madu.

4. Makanan

Makanan yang dimasak seperti ikan atau ayam bakar perlu dihabiskan.

Jika tidak habis dimakan, disarankan tanam atau hanyutkan di dalam air.

Ini kerana makanan-makanan tersebut boleh mengundang perhatian dan kehadiran haiwan seperti beruang, kera serta gajah.

5. Masak air

Jika mahu memasak air, jangan ambil air di tepi sungai.

Sebaliknya, ambil air di kawasan tengah atau tempat air mengalir laju.

Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan risiko terkena penyakit kerana terdapat haiwan seperti tikus yang suka kencing di kawasan tepi sungai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain