RAMAI pemilik kereta, terutamanya wanita sering kali tidak mengetahui aspek teknikal kenderaan mereka seperti penyelenggaraan, enjin, dan bahagian mekanikal lain. Antara aspek penting yang mungkin masih tidak diketahui ramai adalah minyak enjin perlu ditukar secara berkala. Menurut akaun TikTok Rona Auto Service & Tyre, setiap jenis minyak enjin mempunyai jangka hayat tersendiri. Bagi minyak jenis mineral, ia perlu ditukar setiap 5,000 kilometer (km) jarak perjalanan. Minyak jenis semi-sintetik pula perlu ditukar setiap 7,000 km, diikuti jenis fully-sintetik yang harus ditukar sekurang-kurangnya setiap 10,000 km jarak perjalanan. Menurut akaun TikTok itu lagi, minyak enjin akan bertukar likat jika lambat ditukar, sekali gus menjadi punca kepada banyak masalah lain. 1. Komponen enjin akan jadi cepat haus Salah satu fungsi minyak enjin ialah sebagai ejen pelincir. Apabila semakin likat, kesannya, komponen enjin yang bergerak seperti piston dan injap jadi semakin cepat haus dan semakin cepat rosak. Segelintir individu hanya tahu memandu dan kurang peka tentang penjagaan kereta. -Gambar hiasan 2. Enjin jadi terlampau panas Apabila minyak enjin semakin likat, ia tidak lagi mampu untuk menyerap haba secara efisien. Kesannya enjin jadi terlampau panas, casket boleh meletup dan bahagian enjin lain jadi haus dan bengkok. 3. Kotoran terkumpul dalam enjin Salah satu fungsi minyak enjin ialah untuk membersihkan enjin. Apabila ia semakin likat, ia tidak lagi mampu untuk membersihkan enjin secara efisien. Makin lama akan bertambahlah kotoran dan habuk terkumpul dalam enjin. Kotoran juga akan bertukar menjadi gumpalan dan pepejal yang mana apabila ia memenuhi enjin, waktu itu sudah terlambat dan pemilik terpaksa melakukan overhaul, cuci balik setiap satu komponen enjin atau beli enjin baharu. Jadi sebagai peringatan, pemilik kenderaan perlulan rajin melakukan servis mengikut jarak perjalanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube