suria

Pencipta kandungan kongsi tip hasilkan video berkualiti... Pengguna iPhone 11 Pro ke atas ada kelebihan

Video yang dihasilkan pemuda ini meraih jutaan tontonan di media sosial.

PENCIPTA kandungan dari Kelantan, Izmer Mustapha sememangnya dikenali ramai dengan video ulasan makanan yang menarik.

Malah, setiap video yang dihasilkannya sentiasa menerima sambutan hangat dengan jutaan jumlah tontonan di media sosial.

Tidak kedekut ilmu, dia turut berkongsi beberapa tip diamalkannya dalam menghasilkan video yang berkualiti tinggi.

1. Gajet (iPhone 11 Pro ke atas)

iPhone memiliki fungsi kamera wide angle dan stabilization, jadi anda tidak perlu menggunakan gimbal (alat penstabil).

Video stabil dan tidak bergegar adalah kunci hasil yang cantik dan viral.

iPhone juga mempunyai fungsi auto untuk cerahkan muka dalam keadaan backlight, bagus untuk video yang jelas dan cantik.

cc 3

Pencipta kandungan ini popular dengan video ulasan makanan.

2. Tetapan rakaman

Pastikan kamera video ditetapkan pada 1080 60 fps dan bukan HDR.

Jangan rakam guna resolusi 4K sebab Facebook, Instagram dan TikTok belum lagi menyokong 4k.

Rakam video sebaiknya tiga minit sebab senang nak monetize di Facebook kelak.

3. Waktu rakaman

9 pagi hingga 11 pagi atau 4 petang hingga 6 petang.

Malam diharamkan rakam video.

cc 2

Contoh tetapan rakaman video bagi pengguna iPhone.

4. Suntingan (guna aplikasi VN Video Editor)

Jangan letak teks terapung atau kesan bunyi, naikkan warna dan cerahkan bayang.

Naikkan sedikit bunyi dan simpan dalam tetapan 1080 30 fps, 13kbs.

5. Semasa rakaman

Elakkan latar belakang kosong, pastikan belakang anda ada benda menarik tetapi tidak serabut.

Terbalikkan fon untuk video semasa rakaman, video lagi cantik dan lebar.

Tukar setting wide (0.5) dan normal (1.0) sekali sekala semasa rakaman satu footage agar mata tidak bosan.

Untuk elak panas ketika rakaman, boleh tampal KoolFever, berkesan! Jika rakam video semasa fon panas, video akan jadi tak tajam dan tersekat-sekat.

Artikel Lain