suria

Warna cat tak ‘matching’ mungkin tanda pernah kemalangan... Ini ‘check list’ sebelum beli kereta terpakai

Semak bahagian luar dan dalam kereta terpakai sebelum membeli. -Gambar hiasan

MEMBELI kereta terpakai adalah satu tindakan bijak memandangkan harganya yang lebih murah berbanding nilai asal.

Namun, pembeli harus membuat beberapa penilaian terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk membuat pembayaran.

1. Elektronik dan estetik

Soal harga sepatutnya menjadi perkara terakhir yang dibincangkan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat pemeriksaan warna cat kereta.

Jika anda melihat warna cat yang tidak sekata (matching), berkemungkinan besar kereta itu pernah dicat semula selepas kemalangan.

Pastikan juga anda memeriksa bahagian dalam kereta.

Jika terdapat kesan air atau bau hanyir, ia bermakna kereta tersebut pernah ditenggalami banjir.

Banyak perkara yang boleh anda periksa ketika sesi pandu uji. -Gambar hiasan

Anda perlu tekan semua butang dan menguji semua fungsi elektronik, antaranya istem pendingin hawa, kamera undur, kamera 360 darjah serta sistem radio dan hiburan.

Jangan lupa untuk uji port USB kereta. Cuba sambungkan kabel untuk lihat jika ia masih berfungsi.

2. Pandu uji

Pandu perlahan dan pusing stereng, cuba amati jika ada bunyi pelik.

Boleh juga pandu kereta di dalam bandar dan di lebuh raya untuk merasai pengalaman pemanduan dalam dua situasi berbeza.

3. Periksa bahagian enjin

Buka bonet dan periksa jika ada kesan kebocoran atau bau minyak di sekitar kawasan enjin

Selepas perkara ini semua okey, barulah bincangkan harga dan cuba 'nego' untuk mendapatkan diskaun daripada penjual atau pemilik asal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia