WARGA maya kecoh selepas tularnya satu video seorang lelaki yang memberi ais krim dipercayai dicampur bahan beracun kepada sekumpulan monyet. Perkongsian video itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai cara mengawal kehadiran haiwan berkenaan. Di sebalik rasa kasihan, ramai individu mahu populasi haiwan itu dikawal memandangkan sifatnya yang merosakkan tanaman serta sering menceroboh kediaman selain membahayakan keselamatan manusia. Menurut seorang individu dikenali sebagai Roz Othman, kawasan kediaman ibu mentuanya juga turut berdepan kejadian serupa. Namun, masalah itu berjaya diselesaikan dengan menggunakan satu tip mudah. "Ini tip dari Facebook Group Kebun Bandar. Sesiapa yang ada masalah monyet boleh cuba cara ini, Insya-Allah berkesan. Pengguna media sosial mengadu kediaman mereka diserang monyet. -Gambar hiasan "Buat kat kampung ibu mentua hari tu, kera dengan beruk sekali datang dalam 30 ekor, habis buah durian dan machang digugurkan. "Lepas guna tip ni, tak datang dah beruk dan kera tu. Jadi, kesimpulannya ia berjaya. "Ada testimoni kata 'cik nyet' terkinja-kinja lepas ia pegang bungkusan yang disangkut di pokok," kongsinya. Bahan-bahan 1. Enam paket ubat gegat (tumbuk sampai hancur) 2. Enam keping belacan (hancurkan guna tangan) 3. 250 gram tepung gandum Cara-cara 1. Campurkan tiga bahan ini. 2. Kemudian, bungkus seperti gambar contoh 3. Gantungkan di mana-mana lokasi laluan monyet Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube