APABILA enjin kereta sukar dihidupkan, perkara pertama yang melintas di fikiran tentunya masalah bateri. Namun, menurut pemilik akaun TikTok James Yip, masalah itu mungkin juga berkait rapat dengan starter pada kereta. Sebelum mengeluarkan belanja untuk menukar bateri, dia mencadangkan supaya pemilik menguji kereta dengan kaedah hon terlebih dahulu. "Apabila nak hidupkan kereta, tak boleh hidup. Kebanyakan orang mengatakan bateri sudah kong... tapi tak semestinya bateri sudah kong. James Yip membuat perkongsian itu menerusi TikTok. "Anda boleh check kalau hon masih ada (bunyi) lagi, masih okey lagi, maknanya ini bukan masalah bateri. Kemungkinan besar starter ada masalah. "Jadi jika berlaku masalah ini, boleh hon lagi, maksudnya starter mungkin ada problem atau mungkin dah kotor dan sangat berhabuk. "Jadi pergi check starter anda sebelum tukar bateri," ujarnya. Untuk rekod, James Yip memiliki lebih 250,000 pengikut di TikTok. Dia sebelum ini pernah tular kerana berkongsi video tentang penjagaan serta tip keselamatan kenderaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube