suria

Bengkak mata menangis kucing hilang, pemilik boleh cuba 4 ikhtiar ini

Kucing dianggap seperti keluarga sendiri oleh pemiliknya. -Gambar hiasan

PEMILIK kucing sering menganggap haiwan peliharaan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga.

Sudah tentu kehilangan kucing kesayangan boleh menjadi satu pengalaman yang amat menyedihkan.

Bagi membantu mereka yang berdepan situasi ini, ramai individu berkongsi pelbagai tip untuk mengesan kucing yang hilang.

Menurut pemilik TikTok ManjaPaws, terdapat empat tip yang boleh anda lakukan untuk mencari kucing yang hilang.

1. Panggil nama

Setiap kucing biasanya akan diberi nama oleh pemilik mereka.

Jadi, pemilik disarankan kerap memanggil nama kucing yang hilang kerana haiwan ini memiliki pendengaran yang tajam.

2. Cari waktu malam

Malam merupakan waktu yang aktif bagi kucing dan mereka biasanya tidur pada siang hari.

Jadi, pemilik disarankan agar melakukan pencarian pada waktu malam.

story on the cat was left on an empty at abdoned house.Starpic  by Kamarul Ariffin /17.5.2022

Kehilangan kucing meninggalkan kesan mendalam dalam diri pemiliknya. -Gambar hiasan

Antara tip lain, jangan lupa untuk bawa lampu suluh.

Namun yang paling penting, jangan cari bersendirian di tempat terpencil pada waktu malam dan pastikan anda ditemani seseorang.

3. Tabur pasir

Kucing 'indoor' biasanya akan membuang air kecil dan besar di dalam pasir yang disediakan pemilik.

Pasir ini juga sudah tentu mempunyai baunya yang tersendiri.

Jika kucing anda hilang, cuba taburkan pasir itu di hadapan rumah.

Ini akan menghasilkan bau yang kuat dan menunjukkan tanda bahawa itu adalah kawasan rumahnya.

4. Pesan kepada kucing lain

Mungkin ada yang tak percaya dengan petua ini, namun sudah ramai pemilik kucing yang mengakui keberkesanannya.

Orang kata, tak salah mencuba dan mencari ikhtiar.

Jadi, disarankan untuk bercakap dengan kucing-kucing jalanan dan berpesan kepada mereka untuk memberitahu si bulus anda supaya segera pulang.

Artikel Lain