suria

Wajib periksa 6 bahagian ini dulu sebelum beli kereta terpakai, jangan sampai menyesal

Beberapa bahagian penting perlu diperiksa sebelum membeli kereta.

BAGI yang bercadang nak beli kereta 'second hand' atau terpakai, pastikan anda buat pemeriksaan teliti terlebih dahulu. 

Memandangkan ia sebuah kereta yang pernah diguna pakai sebelum ini, jangan terpedaya dengan luaran yang nampak cantik tapi ada ‘rahsia’ di sebaliknya.

Berikut beberapa perkara penting yang wajib diperiksa:

1. Periksa corong ekzos

Lihat jika ada kesan carbon deposit (karbon dan kekotoran terkumpul) berlebihan  pada pelbagai bahagian enjin. 

Jika terlalu hitam dan berkeladak, itu tanda enjin mungkin bermasalah.

Tarikh pada bahagian plat nama perlu diperiksa.

2. Semak tarikh tali pinggang keselamatan dan plat nama ditampal pada kenderaan

Tarik hujung tali pinggang keselamatan, biasanya ada production date (tarikh pengeluaran). 

Kemudian, bandingkan dengan 'production date' pada nameplate kenderaan (biasanya terletak di pintu). 

Sekiranya tarikh tak sepadan, besar kemungkinan kereta pernah mengalami kemalangan serius hingga airbag ‘triggered’ (terbuka).

3. Besi steering column berkarat

Kesan karat pada bahagian bawah stereng menunjukkan petanda bahawa kenderaan tersebut pernah ditenggelami banjir.

4. Skru pintu pernah dibuka

Buka pintu dan semak bahagian 'center console' serta engsel pintu. 

Kalau ada kesan skru ditanggalkan dan dipasang semula, mungkin kereta ini pernah dibaiki akibat kemalangan.

Periksa besi sekiranya terdapat bahagian berkarat.

5. Penutup minyak enjin penuh sludge

Buka penutup minyak enjin dan periksa bahagian tersebut. 

Sekiranya terdapat banyak black sludge (minyak enjin hitam pekat berkerak), itu tanda kereta tak diselenggara dengan baik.

6. Gantry di bahagian bonet

Pastikan bahagian besi gantry kereta simetri serta tiada kesan bengkok atau patah. 

Jika ada, besar kemungkinan pernah mengalami kemalangan teruk dan dibaiki semula.

Artikel Lain