PERNAHKAH anda menaiki kenderaan e-hailing dan tiba-tiba terhidu bau yang kurang menyenangkan hingga membuatkan anda rasa pening, loya atau tidak selesa?
Bayangkan, baru sahaja masuk kereta bau tengik asap rokok terus menusuk hidung menjadikan pengalaman perjalanan tidak menyenangkan.
Menurut Public Health Malaysia, punca utama masalah ini datangnya daripada tabiat segelintir pemandu yang merokok dalam kereta ketika tiada penumpang.
Walaupun pemandu membuka tingkap atau menggunakan pewangi kenderaan, kesan asap rokok tetap melekat pada fabrik tempat duduk, penghawa dingin, dan pelbagai permukaan dalam kereta.
Akibatnya, bau yang tertinggal bukan sekadar mengganggu deria bau, malah boleh menjejaskan kesihatan penumpang.
Penumpang akan berasa loya dan tidak selesa kerana kesan asap rokok. -Gambar hiasan
Lebih membimbangkan, sisa asap rokok dalam kenderaan boleh mencetuskan beberapa masalah seperti:
1. Rasa pening dan loya.
2. Pencemaran pakaian serta rambut
3. Reaksi alahan dan serangan asma
4. Kesukaran bernafas bagi sesetengah individu
Jadi, apa yang boleh anda lakukan jika menghadapi situasi ini?
Beberapa langkah mudah boleh diambil untuk mengurangkan ketidakselesaan, termasuk:
1. Meminta pemandu membuka tingkap bagi meningkatkan pengudaraan.
2. Memberikan maklum balas menerusi penilaian aplikasi e-hailing untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.