suria

Jangan masuk kawasan jiran, parkir kereta dalam pagar rumah orang… Penceroboh boleh didakwa!

Nas Rahman menyatakan tindakan perundangan boleh diambil terhadap jiran terbabit.

MEMANG merimaskan apabila terpaksa hidup berjiran dengan individu yang tidak bertimbang rasa.

Paling membimbangkan apabila ada yang gemar menceroboh hak orang lain tanpa kebenaran.

Seperti video tular, seorang wanita berkongsi pengalaman apabila rumahnya diceroboh jiran yang 'selamba' meletakkan kenderaan di halamannya.

Menurutnya, perkara itu hanya diketahui semasa dia tiba-tiba pulang ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

"Aku balik nak check rumah, jiran buka pintu pagar rumah aku dan parkir kereta dia kat dalam sesuka hati," katanya pada perkongsian berkenaan.

Susulan itu pemilik rumah tersebut bertindak mengunci pintu pagar rumahnya.

"Sorry, nak ambil kereta, tunggu aku free... kalau dipotong kunci tu, aku akan lapor polis," katanya lagi.

Difahamkan, pemilik kereta yang juga jirannya tampil memberi komen dengan mempersoalkan kenapa dia tidak meminta untuk dialihkan kenderaan.

Komen yang ditinggalkan individu dipercayai pemilik kenderaan itu.

Komen yang ditinggalkan individu dipercayai pemilik kenderaan itu.

"Awak boleh bagi tahu suruh alikan kereta, kenapa tak bagi tahu? Depan rumah je bukan jauh.

"Saya tahu salah ceroboh rumah awak, tak payahlah kecoh-kecoh... hari raya kan," ujar individu yang dipercayai pemilik kenderaan itu.

Mengulas tentang situasi itu, peguam Nas Rahman tampil berkongsi tindakan perundangan yang boleh dilakukan terhadap pemilik kereta itu.

Tegasnya, gangguan yang dialami itu merupakan salah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah ‘private nuisance’ (gangguan peribadi).

“Tahun 2017, ada pasangan suami isteri pernah saman jiran mereka di Mahkamah Tinggi sebab asyik parking kereta depan pintu pagar.

“Tegur banyak kali tak jadi juga. Keputusannya, Mahkamah Tinggi memutuskan yang tindakan jiran itu terjumlah kepada satu bentuk kacau ganggu atau ’private nuisance’ dan menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka,” jelasnya.

Tambahnya, injunksi yang dipohon telah dibenarkan dan jiran mereka diarahkan untuk membayar pampasan nominal sebanyak RM5,000 kepada pasangan suami isteri tersebut.

Artikel Lain