suria

Bukan pilihan ramai tapi bijirin barli banyak manfaat... Simpan buat stok, ibu hamil wajib cuba!

Barli mengandungi banyak khasiat kesihatan. -Foto TikTok Siim Page

BIJIRIN barli bukanlah pilihan utama dalam diet harian masyarakat Malaysia meskipun terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan.

Jika anda mengalami masalah berkaitan kolestrol dan berat badan, digalakkan untuk mengamalkan pengambilan barli dalam kehidupan harian.

Ini kerana, ia mampu mengurangkan kolestrol dalam badan di samping menurunkan berat badan.

Menerusi hantaran Eja Razak yang dikongsikan pelayar TikTok, barli membuatkan rasa kenyang walaupun tidak mengambil sarapan pagi.

"Barli juga mampu turunkan suhu badan ketika demam dan sesuai untuk ibu hamil kerana mampu elak sembelit serta mengawal gula dalam darah.

"Bagi ibu menyusu pula, ia membantu memperbanyakkan kandungan susu seterusnya digelar milk booster," jelasnya.

Bagi yang ingin menukar gaya hidup dan mengamalkan pemakanan sihat, bolehlah menjadikan barli sebagai minuman harian.

Ini cara untuk menjadikan barli sebagai stok di rumah:

1. Rebus satu cawan barli bersama tiga cawan air. Gunakan api perlahan.

2. Apabila barli sudah masak dan lembut, tutup api.

3. Air rebusan barli akan kelihatan pekat.

4. Sejukkan dulu sebelum isi dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

5. Setiap kali ingin menikmatinya, ambil dua sudu besar dan tuang air panas mendidih satu gelas, biar selama 30 minit.

Artikel Lain