suria

Bata berharga RM350 antara barangan ‘streetwear’ kesayangan Asfan Shah

Isteri kepada Asfan turut menyokong hobinya mengumpul koleksi barang Supreme.

FENOMENA kegilaan terhadap pakaian atau barang-barang streetwear mendapat perhatian serta sambutan yang cukup luar biasa terutamanya generasi millennial.

Sehinggakan, ada yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk mengumpul koleksi barangan mewah streetwear itu.

Bagi penyanyi dan komposer Asfan Shah, sejak dua tahun lalu dia mula mengumpul koleksi pakaian dan barangan jenama Supreme secara serius.

Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin berkata dia hanya akan membeli barang atau pakaian jenama itu yang unik dan harga berpatutan.

Asfan menyediakan bilik khas untuk koleksi jenama Supreme miliknya.

"Kalau ikutkan, sejak saya bujang lagi dah mula kumpul barang jenama Surpreme. Tapi tidak terlalu serius. Hanya sekadar suka-suka.

"Lama-kelamaan, jadi hobi pula. Saya betul-betul serius kumpul koleksi jenama itu sejak dua tahun lalu. Dah mula kumpul, jadi tak boleh berhenti.

"Tapi saya akan beli barang yang unik dan mengikut harga berpatutan la. Kalau ada kemeja-T harga nak cecah RM7,000 tu saya tak beli la," kata pemuda berusia 33 tahun ini kepada mStar Online.

Pada awal Mei lalu, Asfan telah melancarkan misinya sebagai pengumpul tegar barangan Supreme dengan memulakan cabaran #30DaysofSupremeAccesories melalui halaman Instagram baharunya, khas bagi mempamerkan koleksi yang telah berjaya dimiliki.

Kemeja T Cdg x Supreme dan Supreme Digital Scale.

Asfan pernah membeli payung jenama tersebut dengan harga RM550 dan antara koleksi barangnya termasuklah kaktus kecil yang berharga antara RM200 ke RM350.

Selain itu, batu bata berharga RM350, Supreme Digital Scale, tiga biji bola tenis, kayak, sarung tangan, bola ragbi dan banyak lagi keluaran Supreme bekerjasama dengan jenama antarabangsa yang lain.

Bukan calang-calang orang boleh buat koleksi macam ni tau. Anda pasti terkejut melihat pelbagai barangan yang anda mungkin tidak terfikir akan dikeluarkan oleh jenama yang terkenal dengan gandingan mantap budaya rock, hip hop, dan skateboarding.

Untuk pengetahuan anda, barangan streetwear jenama ini kadangkala boleh ‘lesap’ dalam hanya tempoh tidak sampai seminit sahaja!

Antara barang yang paling Asfan sayang iaitu batu bata Supreme. 

They’re so limited dan disebabkan itulah harganya di pasaran memang sangat tinggi.

Pengemar-penggemar barangan streetwear secara ‘tidak rasminya’ juga digelar Hypebeast.

Selain Supreme, antara jenama yang turut menjadi rebutan iaitu Palace, Bathing Ape, Anti Social Social Club dan pelbagai lagi.

Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah Cintaku ini memberitahu ada beberapa barang yang dibeli dijadikan pelaburan dengan menjual semula.

Mula mengumpul barang jenama itu sejak dua tahun lalu.

"Kebanyakkan barang-barang yang saya beli memang saya akan simpan. Paling saya sayang, batu bata yang saya beli dengan harga RM350 sebab Supreme pertama kali keluarkan barangan itu.

"Tapi ada juga beberapa barang yang saya beli untuk dijadikan pelaburan. Saya beli barang yang harganya akan sentiasa meningkat.

"Saya akan jual semula kepada pengemar dan pengumpul streetwear. Tapi buat masa sekarang, saya 'rehat' sekejap untuk hobi bagi menumpukan pada karier muzik saya," ujar.

Asfan Shah, Surpreme

Artikel Lain