suria

Tak perlu 'unfollow' kalau tak suka akaun Instagram rakan, tekan sahaja butang 'mute'

Jangan pening-pening. Tekan sahaja butang 'mute' pada akaun yang membuatkan anda rasa rimas. - Gambar hiasan/Mirror UK

KITA semua pasti mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan di Instagram yang membuatkan kita berasa rimas tetapi tidak sampai hati untuk menyekat atau berhenti mengikuti akaunnya (unfollow).

Selain tidak sampai hati, anda pasti tidak mahu mencetuskan drama Perang Dunia Ketiga dengan kenalan tersebut yang cuba mendapatkan penjelasan di atas perbuatan tersebut.

Lebih-lebih lagi jika si dia merupakan bekas kekasih atau orang yang anda minati dalam diam.

Sudah tentu anda tidak ingin menekan tanda suka pada gambar atau kelihatan masih mengikuti perkembangan individu tersebut selepas hubungan anda berdua terlerai.

Mujurlah Instagram menyediakan pilihan untuk anda berbuat demikian secara rahsia, tanpa menyinggung perasaan sesiapa.

Ikuti langkah-langkah di atas untuk memilih tetapan bisu pada profil Instagram. - Mirror UK

Apa yang anda harus lalukan hanyalah pergi ke profil individu tersebut dan tekan tiga 'dot' yang terletak di bahagian atas kanan skrin, kemudian pilih tetapan senyap (mute) untuk berhenti menerima perkembangan daripada pemilik akaun berkenaan.

Anda juga boleh memilih sama ada ingin membuatkan posting atau Instastory dalam keadaan senyap atau kedua-duanya sekali.

Pada masa sama, anda sebenarnya masih boleh 'mengintai' kehidupan pemilik akaun tersebut jika anda melawat profilnya secara manual.

Sekiranya anda berubah fikiran selepas satu tempoh, anda hanya perlu hidupkan semula posting pada profil terbabit untuk mengikuti perkembangan mereka.

Dengan cara ini, kehidupan anda dan si dia akan lebih tenang tanpa perlu bersengketa antara satu sama lain. Selamat mencuba! - Mirror UK

Instagram

Artikel Lain