suria

Bosan dengan ruang minimalis? Tiru 5 langkah ini untuk hasilkan dekorasi maksimalis

Rumah maksimalis seorang pereka New York, Misha Kahn. - Foto Annie Schlechter

POKOK ara dan monstera dengan berlatarbelakangkan dinding putih boleh dikatakan sudah terlalu biasa dilihat, terutama jika anda mengikuti laman sosial dekorasi kediaman.

Kepada sesiapa yang rasa sudah tiba masanya untuk beralih angin daripada susun atur minimalis ini, mungkin sudah tiba masanya anda bereksperimen dengan rekaan maksimalis pula.

Namun, itu tidak bermakna 'lebih sarat lebih bagus' kerana tanpa garis panduan yang betul, silap hari bulan rumah anda nampak semak nanti!

ARTIKEL BERKAITAN: DIY panggung wayang mini di rumah, kosnya hanya RM20!

Ketahui lima perkara yang harus anda lakukan untuk menghasilkan ruang maksimalis di kediaman impian anda!

Tiada warna yang terlalu banyak dengan rekaan maksimalis. - Charlotte Crosland Interiors

1. Bijak bermain dengan warna

Asas kepada rekaan dalaman maksimalis adalah kaya dengan warna dalam satu ruang.

Anda boleh mula dengan menggunakan palet warna asas dan mengembangkan idea secara berperingkat.

Warna dinding hitam dan biru laut sering menjadi pilihan pemilik kediaman maksimalis kerana ia membuatkan sesebuah ruang kelihatan garang dan terang.

Penuhkan dinding rumah anda dengan karya seni yang ada. - Slater Interiors

2. Seni pada dinding

Dinding galeri adalah elemen paling penting dalam rekaan dalaman maksimalis.

Anda boleh menghiasi setiap inci dinding dengan karya seni dan masih mengikuti trend.

Rahsianya anda jangan terlalu terikat dengan susun atur bingkai gambar, warna atau subjek karya seni yang hendak diletakkan pada dinding.

Penuhi ruang dengan barangan kesukaan anda. - Billinkoff Architecture

3. Hias dengan sesuatu yang disukai

Maksimalis bermaksud berlebih-lebihan dalam segala-galanya termasuk warna, fabrik dan aksesori.

Bagi mengelakkan dekorasi ruang menjadi terlalu rambang atau tidak senada, cari warna atau corak yang sama untuk diulang di dalam ruang tersebut.

Buku adalah elemen penting dalam rekaan maksimalis. - Naomi Astley Clarke

4. Buku satu kewajipan

Jika anda menyukai buku, anda pasti sukakan dekorasi maksimalis kerana susun atur jenis ini adalah impian setiap pencinta buku.

Gaya dekorasi lain sering membataskan jumlah buku yang boleh dipamerkan dalam sesebuah ruang.

Jadi, keluarkan semua buku yang anda miliki dan susun di segenap sudut mengikut kesesuaian.

Gabungan rekaan kontemporari dan tradisional menambah gaya maksimum sebuah ruang tamu. - The Troop Group

5. Asalkan selesa

Jika rekaan dalaman minimalis adalah tentang mengecilkan penggunaan ruang untuk memberikan lebih keselesaan, susun atur maksimalis pula suatu seni menggabungkan keselesaan dengan warna kegemaran dan aksesori kediaman.

Walau apa pun konsep rekaan pilihan anda, keselesaan haruslah diberikan keutamaan dan kemudian barulah nilai estetik sesebuah ruang.

Ini kerana rumah adalah tempat di mana anda merehatkan diri dan menenangkan minda selepas seharian bekerja. - NY Mag/Freshome

maksimalis, minimalis

Artikel Lain