suria

Minat barang preloved, bundle? Jangan terburu-buru membeli, 4 kategori ini pasti membantu anda

Pemilik butik Babra.co menjelaskan mengenai produk berjenama kepada pelanggan. Foto Sekadar Hiasan

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, populariti barangan bundle atau preloved berjenama semakin mendapat perhatian.

Lihat sahaja lambakan profil yang menjual barangan-barangan tersebut di Instagram dengan menawarkan pelbagai jenama dari seluruh dunia.

Jika bernasib baik anda akan bertemu dengan item rare atau edisi terhad dengan harga cukup istimewa terutama kalau rajin membuat semakan atau berkunjung ke butik atau bazar yang menjual barang preloved.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru pakai sekali? Jangan peram dalam almari, 'preloved' sahaja baju raya anda seperti dilakukan wanita ini

Walaupun kualitinya mungkin tidak sebaik baharu, namun bagi yang sukakan kelainan dengan harga berpatutan, barang bundle boleh menjadi syurga kepada sesetengah orang yang sukakan cabaran dalam mencari 'harta karun'.

Di sebalik keghairahan itu, sebenarnya terdapat beberapa tip yang perlu diambil kira dalam mencari barang preloved;

Sebelum membuat sebarang pembelian ambil masa anda untuk menilai sesuatu produk.

1. Ambil masa menilai

Sebelum membuat sebarang pembelian adalah disarankan untuk tidak terburu-buru membuat pembelian dan sebaiknya cuba lawati setiap gerai yang ada kerana anda tidak akan tahu bila akan bertemu dengan barang 'berharga'.

Cara ini juga membolehkan anda membuat perbandingan harga kerana kebiasaannya setiap peniaga barangan preloved akan meletakkan harga dan kualiti berbeza.

2. Jangan terburu-buru

Jika sudah bertemu dengan barangan yang digemari - jangan terburu-buru sebaliknya luangkan lebih masa untuk membelek bagi memastikan tiada kerosakan.

Ketelitian ini perlu diberi perhatian kerana sifat barang preloved itu sendiri yang mungkin ada kecacatan ketara.

3. Komunikasi dengan penjual

Berbeza dengan pembelian dalam talian, jika pergi sendiri ke kedai atau bazar adalah peluang terbaik untuk anda bertanya soalan kepada penjual dan komunikasi akan jadi lebih mudah.

Jika anda pandai 'membodek' peniaga mana tahu dia akan keluarkan barang istimewa yang disimpan.

Pengetahuan mengenai produk juga sangat penting. 

4. Pengetahuan mengenai produk

Kebanyakan yang gemarkan barang preloved suka mencari yang berjemana seperti beg tangan Louis Vuitton, Chanel mahupun Gucci.

Sebaik-baiknya buat sedikit kajian tentang produk-produk tersebut termasuk cara mengenal pasti sesuatu produk itu asli atau pun tidak.

5. Kategori barang preloved

Barang yang sudah digunakan walaupun hanya sekali sudah boleh dikategorikan sebagai preloved namun ada beberapa istilah yang perlu anda ketahui.

Istilah ini sangat penting kerana ia boleh menentukan kualiti sesuatu barang dan kebiasaannya peniaga akan melabelkannya mengikut kategori iaitu:

A. Excellent Condition : Barang berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan.

B. Like New : Barang masih dalam keadaan bagus namun sudah digunakan.

C. Very Good Condition : Visual barang nampak seperti sudah digunakan tetapi dalam keadaan baik.

D. Need Spa : Barang itu perlu dibaiki.

Bundle, Preloved

Artikel Lain