MENCARI hadiah yang sesuai untuk isteri atau teman wanita boleh membuatkan si lelaki tertekan kerana ia bukan tugas mudah! Mana tidaknya, jika tersalah beli ia boleh menyebabkan perang besar walaupun niat anda baik untuk menggembirakan orang tersayang. ARTIKEL BERKAITAN: Kering idea nak bagi apa? Ini 7 barang 'selamat' dijadikan hadiah sempena hari jadi teman lelaki Tapi nanti dulu, anda boleh mempertimbangkan lima jenis hadiah ini yang tidak pernah lapuk dek zaman malah anda mungkin mendapat pujian atas usaha itu. 1. Minyak Wangi Wanita mana yang tidak suka minyak wangi? Apatah pula jika ia daripada jenama terkenal yang mempunyai bau digemarinya. Sedikit tips, jika hendak selamat jangan pilih bau buah-buahan atau pun flora sebaliknya pilih bau lembut. 2. Baucer, Wang Tunai Jika anda buntu hendak membeli hadiah untuk insan tersayang, apa kata hadiahkan sahaja baucer tunai atau wang tunai! Wanita sebenarnya lebih suka memilih barang diinginkan sendiri tetapi demi menunjukkan keikhlasan, temanlah si dia dan bersetuju dengan apa sahaja pilihannya. 3. Rawatan Spa Manjakan wanita kesayangan anda dengan rawatan spa lengkap termasuk urutan badan dan rawatan muka. Pasti dia seronok. 4. Beg Tangan Jika ada bajet lebih apa kata belikan isteri atau teman wanita anda beg tangan berjenama dan tengok apa reaksinya nanti. 5. Barang Kemas Barang kemas bukan sahaja 'sahabat' baik wanita malah ia adalah pelaburan yang cukup menguntungkan. Wink! - TEMPO