suria

Ada 5 tabiat ketika menonton filem, drama bersiri kegemaran di telefon... anda yang mana satu?

Tabiat seseorang menonton televisyen juga boleh menentukan personaliti seseorang.

CUBA anda pandang sekeliling, kebanyakan orang semuanya sibuk dengan telefon masing-masing, tak kiralah sama ada mereka sedang membalas WhatsApp, bermain permainan video atau pun sedang menonton program kegemaran secara online.

Siapa boleh sangkal perubahan landskap penyiaran hari ini memang cukup pantas. Maka tak hairan muncul pelbagai platform penstriman seperi Netflix, Iflix, Dim Sum dan Astro On The Go yang menawarkan ribuan program, filem serta drama bersiri bagi memuaskan kehendak pelangggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang online shopping sampai akaun kering? Ini 3 langkah bijak yang boleh anda ikut

Paling best kebanyakan program-program disenaraikan tidak mempunyai sebarang jadual tertentu seperti siaran TV konvensional, menyebabkan ia menjadi pilihan anak muda zaman kini.

Kini lebih ramai yang gemar menonton program kegemaran mereka menerusi platform seperti Netlfix, Dim Sum atau pun Astro On The Go.

Ibaratnya TV di rumah tu sudah boleh dijadikan barang perhiasan sebab ramai lebih gemar menonton menerusi telefon pintar tak kira tempat termasuk tandas, sambil berjalan mahupun ketika menunggu makanan di restoran!

Sedar atau tidak, perubahan itu juga tanpa disedari mengubah perilaku dan tabiat manusia ketika menonton dan lima daripadanya adalah;

1. Multitasking

Individu dalam kategori ini bukan multitasking menonton 10 rancangan berbeza tetapi mampu melakukan kerja lain seperti memasak, makan atau membuat kerja rumah sambil menonton rancangan kegemaran mereka.

Orang yang melihat mungkin merasakan individu itu tidak fokus tetapi ajaibnya dia mampu bercerita dari awal sampai akhir jalan ceritanya! Hebat.

2. Suka ulang tonton

Mentang-mentang boleh rewind dan forward sesuka hati, orang jenis ini biasanya tidak suka terlepas tentang sesuatu yang ditontonnya dan akan mengulang kembali babak tidak difahami atau disukainya sehingga ia terserap dalam otak.

Menonton menerusi telefon boleh dilakukan di mana sahaja. 

3. Tekun

Jenis tekun menonton ini biasanya tidak boleh diganggu malah adakalanya langsung tidak sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

4. Mudah terganggu

Kebiasaannya individu dalam kategori ini bukan sahaja mudah terganggu dengan keadaan sekitar seperti orang yang bertanya mengenai sesuatu babak ketika mereka asyik menonton.

Tetapi juga mudah terganggu dengan sesebuah program atau siri itu sendiri yang mungkin mempunyai pengakhiran tergantung atau tidak memuaskan hati sehingga menyebabkan mereka 'murung'!

5. Tertinggal 'bas'

Jenis ini pula selalunya kurang beri perhatian tentang rancangan terbaharu walaupun orang lain telah beralih ke program berikutnya. Barangkali mereka lebih sukakan aktiviti lain berbanding menonton drama bersiri.

Artikel Lain