JIKA dilihat pada luaran, keadaan meja kerja yang kemas memang sedap mata memandang selain kita akan berfikir bahawa pemiliknya seorang yang terurus dan rajin. Berlainan jika meja seseorang itu penuh dengan kertas dan sampah, kita serta-merta akan memandang serong terhadap pemiliknya serta menganggap di sebagai pengotor dan pemalas. Nanti dulu - kajian yang dibuat oleh Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati pekerja yang mempunyai meja yang teratur lebih cenderung melakukan pekerjaan yang hanya diberikan kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 tabiat ketika menonton filem, drama bersiri kegemaran di telefon... anda yang mana satu? Berbanding yang memiliki meja berselerak, mereka ini lebih konsisten dalam menghasilkan kerja lebih produktif, kreatif serta mempunyai idea-idea baharu dalam meningkatkan mutu kerja. Keadaan meja seseorang itu boleh menggambarkan budaya pekerjaan seseorang. Pihak universiti berkenaan turut melakukan kajian dengan meminta koresponden melakukan brainstorming mengenai evolusi produk lama dan hasilnya pekerja yang mempunyai meja berselerak memberikan lebih banyak idea bernas. Hasil kajian itu juga serupa dengan apa dilakukan oleh Universiti British Columbia yang mendapati golongan ini lebih cekap dalam mengalihkan perhatian otak untuk menggunakan sensor dalaman supaya berfikir secara lebih abstrak dan kompleks. Lebih menakjubkan sesi 'perah otak' itu diadakan di sebuah kedai kopi yang mempunyai ramai orang termasuk meja makan itu berselerak dengan bekas air dan sampah. "Kehadiran sampah dan persekitaran yang 'semak' itu menjadikan pemikiran mereka lebih halus dan fokus," kata pengkaji itu.